Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof ke Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) telah diadakan pada 28 Okt 2015. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh YB Exco Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Terengganu, YB Ir. Rosli b Othman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir. Dr. Roslan b Md Taha, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dato’ Ir. Hj Ismail b Md Salleh dan juga Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

 

YB Menteri Kerja Raya memulakan lawatan tepat jam 11.00 pagi bertempat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Terengganu dengan mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh pihak IKRAM PAVES Sdn Bhd mengenai kenderaan IKRAM Road Scanner (IRS). Kenderaan ini telah direkabentuk dan bina khusus untuk tujuan pengambilan maklumat permukaan jalan raya secara realtime semasa menjalankan Ujian Pavement Profiling (IRI).

 

Seterusnya YB Menteri Kerja Raya bersama pihak media telah dibawa menaiki kenderaan tersebut untuk menyaksikan Ujian Pavement Profiling (IRI) dari Pakej 1C / Pakej 2 / Pakej 3 (dari Perasing – Persimpangan Cheneh – Persimpangan Chukai – balik ke R&R Perasing).

 

Program diteruskan dengan Taklimat Tertutup kepada YB Menteri Kerja Raya berkenaan Keselamatan Jalan di LPT 2 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan juga Jabatan Kerja Raya dan diakhiri dengan Sidang Media oleh YB Menteri Kerja Raya kepada pihak media.

Gambar-gambar sekitar Lawatan YB Menteri Kerja Raya.