Peristiwa Semasa 'Public Works Department' Diwujudkan

Dalam tahun 1858 jawatan Ketua Jurutera bagi Negeri-Negeri Selat telah ditubuhkan. Pada masa itu Singapura merupakan pusat tahanan utama bagi banduan dari jajahan British di seluruh Timur Jauh. Pihak British bergantung pada pihak askar untuk mengisi jawatan jurutera dan doktor. Seorang pegawai askar pasukan kejuruteraan akan ditempatkan untuk mengepalai kerja-kerja awam di setiap jajahan. Berkenaan inilah Mejar McNair telah datang ke Singapura untuk mengisi jawatan tersebut. 

Pada tahun 1867 Negeri-Negeri Selat telah dijadikan 'Crown Colony' dan serentak dengan itu jawatan Penguasa PWD Singapura telah ditukarkan kepada Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat. Walau bagaimanapun tarikh berkenaan tidak boleh diperkatakan sebagai permulaan PWD kerana pada dasarnya kerja-kerja hanya tertumpu di Singapura sahaja. Hanya selepas lima tahun kemudian iaitu pada tahun 1872, satu jabatan baru dinamakan PWD Negeri-Negeri Selat ditubuhkan.

Ini adalah titik permulaan JKR sebagai satu organisasi di Malaysia. Mejar J.F.A. McNair yang sebelumnya memegang jawatan Jurutera Eksekutif dan Penguasa Banduan dan juga Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat dalam tahun 1867 ialah orang pertama menerajui organisasi JKR pada tahun 1872 dengan Kapten Shatterthwaite sebagai Penolong Pertama Jurutera di peringkat Negeri Pulau Pinang.

Jabatan Ukur yang.telah ditubuhkan pada tahun 1839 telah disatukan dengan pejabat Jurutera Jajahan pada tahun 1871, di bawah polisi penyatuan yang dimula gerakkan oleh Sir Harry Ord, di mana Mejar F.A. McNair telah memegang jawatan tersebut. Beliau telah menyusun semula jabatan pada tahun 1873 dengan menempatkan Kapten W. Innes sebagai Penolong Pertama Jurutera dan Juru Ukur di Negeri Pulau Pinang dan seorang lagi di Melaka.

Pada tahun 1848 jawatan Penguasa Penjara telah diletakkan di bawah tanggungjawab Jurutera Jajahan para banduan telah digunakan untuk kerja-kerja pembinaan jalan dan bangunan. Jawatan ini dipegang oleh pihak Jabatan Kerja Raya sehingga tahun 1873 di mana pihak Jabatan Penjara mempunyai penguasanya sendiri. 

Sehingga 31hb. Disember 1931 di Tanah Melayu terdapat dua Jabatan Kerja Raya yang berasingan. Jurutera Jajahan Negeri-Negeri Selat adalah bertanggungjawab bagi Negeri-Negeri Selat manakala Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi Negeri-Negeri Bersekutu dan seorang Jurutera dipinjamkan bagi menjalankan tugas-tugas untuk Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pada 1hb. Januari 1932 kedua-dua jabatan telah disatukan menjadi satu Perkhidmatan Kerja Raya Malaya yang berpusat di Singapura dengan nama 'Pengarah Kerja Raya, Negeri-Negeri Selat' dan 'Penasihat Kerja Raya Negeri Melayu'.

Pada tarikh yang sama, cawangan hidrolik bagi Negeri-Negeri Bersekutu Jabatan Kerja Raya telah dijadikan satu jabatan yang berasingan digelar Perkhidmatan Parit dan Taliair diketuai oleh 'Pengarah Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Selat dan Penasihat bagi Parit dan Taliair, Negeri-Negeri Melayu'.

Ringkasan Sejarah JKR

1872                   PWD Negeri Pulau Pinang ditubuhkan dan diketuai oleh Major J.F.A McNair.
Februari 1948   Organisasi Jabatan Kerja Raya diubahsuai selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. 
April 1951         Jabatan Kerja Raya di bawah Portfolio Ahli untuk Kerja Raya dan Perumahan. 
Ogos 1955        Jabatan ini di bawah Kementerian Kerja Raya. 
1956                  Diletakkan bawah Kementerian Kerja Raya Pos dan Telekom. 
1963                  Di bawah Kementerian Kerja Raya Pos, Tenaga dan Telekom. 
1976                  Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. 
1983                  Berada bawah Kementerian Kerja Raya (sehingga kini).
 

Senarai Lengkap Peneraju PWD/ JKR

I.          The Colonial Engineers who have been in charge of the Public Works Department since the colony was taken over from the Indian Government are :  
(Negeri-Negeri Selat (SS)- Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) 
                                               
1.  Major J. F. A. McNair, R.A. (1867 to 1880)  (1881-1884 -acted by Mc Callum)
2.  Major Henry  Edward McCallum, R E., C.M.G.  1884-1897
3.  Colonel A. C. Alexander, R.E. (1897 to 1898) 
4.  Colonel Alexander Murray, C.E., Mem. Inst. C.E. (1898 -1909)
5.  Mr.F. J. Pigott (1910 -  1921)
6.  J.H.W. Park, O.B.E (1921  - 1926) 
7.  Harry Venus Towner (1927 – 1929)
 

II.        The PWD of the Federated Malay States was established:
(Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS)- Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan)
 
8.  Mr. F.St.G. Caufeild (1901-1907) 
9.  Mr. J. Trump (1908 - 1914)
10. Mr. Robert Ogilvie Newton Anderson, B.A., A.I.B (1915-1920)

11. MR. W. Eyre-Kenny (1920-1922)*
12.  Mr. J. Strachan (1923 - 1924)    
13.  Mr. C.V.A. Espeut  (1925 - 1927)
14.  Leut-Colonel James Parry Swettenham  (1927-1931)   


Kedua -dua Jabatan SS dan FMS  disatukan menjadi satu perkhidmatan Kerja Raya Malaya berpusat di Singapura dengan nama di Director of Public Works, SS and Adviser on Public Works, Malay States .
 
15.  Mr. G. Sturrock (1931 -1935)  
16.  Major R.L. Nunn (1935-1940)  

 
Malayan Union
 
17.  Mr. W. Fairley  (1946 - 1948)

III.       Director of Public Works Department of Federation of Malaya:
(PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Terdiri daripada 11 negeri di Tanah Melayu (9 Negeri-negeri Melayu dan 2 penempatan British Pulau Pinang dan Melaka).
 
18.  Mr. G. Edwards  (May 1948 - 1950)

19. Mr. David MacDiarmid (1951-1953)
20.  Nankivell Kenneth  (Ken Nankivell) B.Sc. D.I.C., A.M.I.C.E,  (1954-1957)  
21.  R.E. Pitt (1958-1959)
22.  S.E Jewkes, O.B.E., J.M.N., B. Sc. (Eng), (1959-1962)
23.  S.F. Owens (1962-1964)


IV.          Selepas Pembentukan Malaysia

24.  Tan Sri Ir. Haji Yusoff bin Haji Ibrahim (1/8/1964 – 21/7/1971)
25.  Ir. Thean Lip Thong (22/7/1971 – 14/4/1974)
26.  Tan Sri Dato' Ir. Mahfoz bin Khalid (17/4/1974 – 5/12/1977)
27.  Tan Sri Dato' Ir. Hj. Halaluddin bin Mohamed Ishak (6/12/1977-31/7/1981)
28.  Tan Sri Ir. Haji Mohd Yusoff bin Mohd Yunus (1/8/1981 – 27/10/1983)
29.  Dato' Ir. Ho Thian Hock (28/10/1983 – 9/12/1985)
30.  Tan Sri Dato' Ir. Talha bin Mohd Hashim (10/12/1985 – 9/9/1990)
31.  Tan Sri Dato' Ir. Wan Abd Rahman bin Haji Yaacob (10/9/1990 – 20/6/1996)
32.  Tan Sri Dato' Ir. Omar bin Ibrahim (21/6/1996 – 9/9/1999)
33.  Tan Sri Dato' Ir. Haji Zaini bin Omar (10/9/1999 – 1/6/2005)
34.  Dato' Sri Ir. Dr. Wahid bin Omar (7/6/2005 – 30/4/2007)
35.  Dato' Sri Ir. Dr. Judin bin Abdul Karim (1/5/2007 – 30/4/2011)
36.  Dato' Seri Ir. Hj. Mohd Noor bin Yaacob (1/5/2011-31/3/2014)
38.  Dato’ Ir. Annies Bin Md Ariff (31/3/2014- 30/4/2015)
37.  Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain (1/7/2015 – 8/6/2016)
38.  Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha (24 Ogos 2016 – Mac 2019)

39. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman (25 April 2019)

40. Ir. Kamaluddin bin Abdul Rashid (22 November 2019)

41. Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman (24 Julai 2020)

42. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool (05 Januari 2023)