Date: Khamis, Jun 6, 2024

Majlis IEM 65th Annual Dinner and Night Award telah diadakan pada 1 Jun 2024 bertempat di Hotel One World, Petaling Jaya, dengan tema "ESG as Catalyst for Engineering Evolution”

Kehadiran Tetamu Kehormat YAB Dato’ Sri Haji Fadhillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat dari Institut Jurutera Malaysia (IEM) telah menambah seri kepada majlis tersebut. Penyerahan Anugerah IEM Top Membership Drive Award  kepada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, sebagai wakil bagi warga Jabatan Kerja Raya (JKR), adalah satu pengiktirafan yang membanggakan.

Tahniah sekali lagi kepada YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin dan seluruh warga kerja JKR atas pencapaian ini. Penghargaan ini tidak hanya memperkukuhkan nama JKR selaku Jabatan Teknikal terbesar di Malaysia tetapi juga membawa kebanggaan kepada warganya. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga JKR untuk terus bergiat aktif di dalam pertubuhan profesional serta mampu memajukan bidang kejuruteraan di Malaysia. Pencapaian ini juga adalah seiring dengan Tema 3 di dalam Pelan Strategik JKR iaitu JKR sebagai Pusat Kecemerlangan Teknikal.