Sukacita dimaklumkan bahawa Menara Kerja Raya telah menerima Anugerah Utama Bangunan Kerajaan Terbaik 2024 di Majlis Penyampaian Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi Pencahayaan Bangunan Bandar Raya Kuala Lumpur 2024. Majlis telah berlangsung pada 29 Oktober 2024, Selasa bertempat di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur, dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur
Anugerah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pemilik bangunan yang telah berjaya menyerlahkan keindahan bandar raya Kuala Lumpur melalui pencahayaan kreatif dan estetik pada waktu malam, sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Sebanyak 50 bangunan telah dinilai di bawah Kategori Pencahayaan Bangunan, termasuk kategori Bangunan Kerajaan, Bangunan Bersejarah, Bangunan Teknologi Inovatif, Bangunan Ikonik, Bangunan Hotel dan Pangsapuri Perkhidmatan, Bangunan Komersial, Pusat Membeli-belah dan Bangunan Institusi. Daripada jumlah tersebut, 31 bangunan menerima Anugerah Khas Pencahayaan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Semoga JKR terus bersinar dan mewarnai landskap insfrastruktur negara.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1558 bacaan