Date: Jumaat, Oktober 18, 2024

Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya BiGBen, telah ditubuhkan pada 22 November 2008 yang berperanan sebagai ‘One Stop Centre’ pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak/ runtuh, yang melibatkan jalan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Antara tujuan penubuhan BiGBen adalah sebagai hub perkongsian maklumat secara terus kepada orang awam berkaitan maklumat kejadian bencana. Antara maklumat yang dikongsi adalah penutupan jalan dan cadangan laluan alternatif kepada pengguna jalan raya bagi memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi yang dituju.Sistem ini turut memaparkan kejadian bencana terkini secara atas talian (online) untuk kegunaan orang awam.

Pengoperasian BiGBen bergantung kepada situasi semasa bencana negara dan dikategorikan dalam tiga (3) peringkat. Maklumat-maklumat tersebut akan dikongsikan melalui Facebook rasmi Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia  (https://www.facebook.com/profile.php?id=61555221385058 (link is external)) serta di laman rasmi Pengurusan Bencana JKR atau ringkasnya eBencana https://bencana.jkr.gov.my (link is external) .

Orang awam juga boleh menghubungi talian Hotline BiGBen untuk melapor dan mendapatkan sebarang maklumat terkini berkenaan bencana terutamanya di sepanjang Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri di 03-2610 7727.

#IamJKR  #KitaJKR #JKRsynergy

#JasaKepadaRakyat