Date: Khamis, March 17, 2016
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kerja Raya  telah menandatangani akujanji ‘Construction Industry Transformation Programme (CITP) 2016-2020 – Driving Construction Excellence Together’ pada 3 September 2015.
 
Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk / Dato' / Tuan / Puan, diminta untuk mencetak dan mempamerkan akujanji tersebut di pejabat masing-masing. Bersama-sama ini dimajukan Sijil Akujanji (link is external) bagi ‘Construction Industry Transformation Programme (CITP) 2016-2020 – Driving Construction Excellence Together’ yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain untuk dipamerkan di pejabat masing-masing.
 
Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg. Datuk / Dato' / Tuan /Puan, berkenaan perkara di atas adalah amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
"Berkhidmat Untuk Negara"
 
Yang menurut perintah,
 
BAHAGIAN SEKRETARIAT
CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT
IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
KUALA LUMPUR
NO. TEL  : 03-2618 8694/ 8693/ 8610