Date: Isnin, Ogos 20, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Pn. Mastura binti Shaari, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 17 Ogos 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah berkenaan adalah dirujuk kepada beliau.