Date: Isnin, Disember 6, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Tuan Haji Zulkipli bin Haji Nasri, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Memangku Gred Utama C (KUP), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia mulai 1 Disember 2021. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali diarah menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Hamdan bin Ali berkuatkuasa pada 1 Disember 2021 sehingga jawatan diisi secara hakiki.