Date: Isnin, November 25, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Haji Ismail bin Mohamad, Jurutera Awam Penguasa, JKR Negeri Perlis telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah JKR Negeri Perlis, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 18 November 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah JKR Negeri Perlis adalah dirujuk kepada beliau.