Date: Khamis, Februari 16, 2023

1)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH KANAN, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU (CPAB), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia bercuti sakit mulai 13 Februari 2023.

 

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat diarah menjalankan tugas Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mohamad Darus bin Selamat berkuatkuasa pada 13 Februari 2023 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

 

2)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK KOMPLEKS, CAWANGAN PERANCANGAN ASET BERSEPADU (CPAB), IBU PEJABAT JKR MALAYSIA

 

Adalah dimaklu mkan, YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia bercuti sakit mulai 13 Februari 2023.

 

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Mukhzani bin Abd Latif diarah menjalankan tugas Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mukhzani bin Abd Latif berkuatkuasa pada 13 Februari 2023 sehingga pegawai Kembali bertugas.