Date: Rabu, March 3, 2021

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Haji Zulkifli bin Abdul Rashid, Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia akan menghadiri Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Utama [Advance Leadership and Management Programme- ALMP] Siri ke 68 Bil 1 Tahun 2021 di Institut Tadbiran Awam Negara [INTAN], Kampus Utama Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kual Lumpur pada 26 Februari 2021 sehingga 26 Mac 2021 seterusnya bercuti rehat pada 29 Mac 2021 sehingga 9 April 2021.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Suhaili bin Mansor, diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Haji Zulkifli berkuatkuasa 24 Februari 2021 sehingga 26 Mac 2021.