Date: Rabu, March 14, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohd Azhari bin Mohd Salleh, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Khidmat Pakar & Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 02 Februari 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Sehubungan dengan itu, surat arahan menjalankan tugas yang dikeluarkan kepada YBrs. Ir. Hj. Mohd Noor Azudin bin Mansor, Pengarah Kejuruteraan (Khidmat Struktur) melalui surat ruj. (59) JKR.KPKR.107.010.100/1 bertarikh 15 Ogos 2017 adalah DITAMATKAN.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah berkenaan adalah dirujuk kepada beliau.