Date: Selasa, April 25, 2023

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Mhd Khair bin Nordin, Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bersara wajib pada 25 April 2023. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Dr. Zuraida binti Zaini Rijal diarah menjalankan tugas Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Dr. Zuraida binti Zaini Rijal berkuatkuasa pada 25 April 2023 sehingga jawatan diisi secara hakiki.