Date: Rabu, September 30, 2020

Adalah dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Haji Abdul Rahman bin Baharuddin, Pengarah Kejuruteraan Pakar Keselamatan Jalan Raya dan Forensik Jalan, Cawangan Jalan yang menjalankan tugas YBhg. Dato’ Ir. Che Noor Azeman bin Yusof sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan yang bersara Wajib pada 21 September 2020. Sehubungan itu, YBrs. Ir. Haji Mohamad Sharip bin Wahijan, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan diarah menjalankan tugas Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan, Cawangan Jalan, termasuk Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), dimana yang berkenaan di samping menjalan tugas hakiki YBrs. Ir berkuatkuasa mulai 21 September 2020 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan dan Jambatan Cawangan Jalan, adalah dirujuk kepada beliau.