Date: Jumaat, Februari 23, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Mohamad Shukor Bin Che Malek, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Rekabentuk Jalan Utara, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, Cawangan Jalan termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa pada 23 Februari 2018 – 23 Mac 2018.

 Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah berkenaan adalah dirujuk kepada beliau.