Date: Rabu, Ogos 15, 2018

Sukacita dimaklumkan YBHG. DATO’ Ir. DR. MEOR ABDUL AZIZ BIN HJ. OSMAN, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR INFRA) akan mengerjakan ibadah haji mulai 13 Ogos 2018 sehingga 10 September 2018.

Sehubungan dengan itu, YBRS. Ir. HJ. ZULAKMAL BIN HJ. SUFIAN, PENGARAH KANAN CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR INFRA) termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki berkuatkuasa mulai 13 Ogos 2018 sehingga 10 September 2018.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) adalah dirujuk kepada beliau.