Date: Jumaat, Jun 23, 2023

1)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH PEMBINAAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1 (PPK1), IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan, YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, memangku Jurutera Awam Gred Utama C mulai 23 Jun 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Suzzana binti Punari diarah menjalankan tugas Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1 (PPK1), Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Suzzana binti Punari berkuatkuasa pada 23 Jun 2023 sehingga jawatan diisi secara hakiki.

 

2)

ARAHAN MENJALANKAN TUGAS JAWATAN PENGARAH, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA

 

Adalah dimaklumkan, YBrs. Ir. Ts. Mohd Nasir bin Bontat, telah dilantik sebagai Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, memangku Jurutera Awam Gred Utama C mulai 23 Jun 2023. Pegawai menunaikan ibadah haji mulai 30 Mei 2023 sehingga 15 Julai 2023.

Sehubungan itu, YBrs. Ir. Muhammad Harridzan bin Abdullah diarah menjalankan tugas Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Muhammad Harridzan bin Abdullah berkuatkuasa pada 23 Jun 2023 sehingga pegawai Kembali bertugas.