Date: Rabu, Februari 20, 2019

Dimaklumkan bahawa YBrs. Sr. Amran bin Mohd Majid, Pengarah Adjudikasi, Kontrak dan Keurusetiaan telah diarah menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan mulai pada tarikh 15 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.