Date: Khamis, Oktober 4, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa YBRS. EN. AZIZAN BIN AB RAHMAN, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai PENGARAH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 19 September 2018 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Cawangan adalah dirujuk kepada beliau.