Date: Jumaat, Julai 21, 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Ir. Shuib bin Tabri, Pengarah Khidmat Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia, termasuk menjalankan tugas sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki. Arahan ini berkuatkuasa pada 13 Julai 2017 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat menyurat dan lain - lain urusan yang berkaitan adalah dirujuk kepada beliau.