Date: Khamis, Jun 9, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya melalui surat rujukan KKR.PSM.500-2/99/1 JLD 7 (56) bertarikh 8 Jun 2016 telah mengeluarkan Arahan Penanggungan Kerja Jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBhg. Dato' Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bermula 9 Jun 2016 sehingga jawatan diisi secara hakiki.
 
Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Ketua Pengarah Kerja Raya dirujuk kepada beliau.