Date: Isnin, Jun 24, 2019

Sukacita dimaklumkan YBrs. Ir. Fazilah binti Musa telah diarahkan untuk menanggung kerja Jawatan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia, di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas-tugas sendiri bermula pada 21 Jun 2019 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengambil maklum dan memastikan urusan surat-menyurat dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur dirujuk kepada beliau.