Date: Khamis, April 8, 2021

Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) Tahun 2021 oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah dilaksanakan di Ibu Pejabat JKR Malaysia bagi empat sistem berikut:

  1. Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
  2. Sistem Pengurusan Alam Sekitar (SPAS) ISO 14001:2015
  3. Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) ISO 45001:2018
  4. Sistem Pengurusan Tenaga (SPT) ISO 50001:2018 

 

Audit Pemantauan ini bermula telah bermula pada 5 April 2021 dan akan tamat pada 9 April 2021. Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan SPB JKR Malaysia telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman pada hari Rabu, 5 April 2021 jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Berlian, Menara Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Dengan pemakaian Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB), JKR Malaysia berharap untuk terus menjadi pemangkin dalam memberikan perkhidmatan dan melaksanakan projek-projek dan perkhidmatan kejuruteraan yang diamanahkan dengan lebih efisien dan bersistematik bagi memenuhi objektif jabatan dari masa ke semasa.