Date: Jumaat, Ogos 2, 2024

Bengkel Pelan Induk Cerun Negara 2024: Pelan Tindakan 2025-2030 telah dilaksanakan pada 30-31 Julai 2024. Ucapan Perasmian Pengerusi ICSM (Ahli Jawatankuasa Antara Agensi Kerajaan bagi Pengurusan Cerun / Inter-Governmental Agency Committee for Slope Management) telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Nor Asilah binti Ahmad, Jurutera Awam Penguasa Kanan yang menjalankan tugas Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Pada tanggal 15 Mei 2024, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dan meluluskan Memorandum daripada Menteri Kerja Raya bagi Pelanjutan Tempoh Pelan Induk Cerun Negara (PICN) 2009-2023 sehingga tahun 2030 selaras dengan rangka kerja antarabangsa, Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030.

Lanjutan daripada itu, satu bengkel telah diatur bagi membincangkan hala tuju PICN dan menyediakan draf Pelan Tindakan 2025-2030. Bengkel selama dua (2) hari ini telah dianjurkan oleh Bahagian Transformasi Teknologi Cerun, CKC dengan kerjasama barisan fasilitator dan urus setia yang terdiri daripada ahli ICSM.

Kehadiran pegawai-pegawai adalah terdiri daripada rentas agensi/ kementerian/ jabatan seperti berikut:

  1. Kementerian Kerja Raya
  2. Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia
  3. Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi, JKR Malaysia
  4. Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia
  5. Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR Malaysia
  6. Cawangan Jalan, JKR Malaysia
  7. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  8. Agensi Pengurusan Bencana Negara
  9. Jabatan Mineral & Geosains Malaysia
  10. Jabatan Kerajaan Tempatan
  11. Jabatan Meteorologi Malaysia
  12. Jabatan Alam Sekitar
  13. Jabatan Pengairan & Saliran
  14. Jabatan Kebajikan Malaysia
  15. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
  16. Jabatan Ukur & Pemetaan
  17. PLAN Malaysia
  18. JKR Sabah
  19. Pusat Geospatial Negara
  20. Agensi Angkasa Malaysia
  21. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
  22. Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia
  23. Polis Diraja Malaysia
  24. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
  25. Jabatan Wilayah Persekutuan
  26. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  27. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  28. Majlis Bandaraya Pulau Pinang
  29. Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
  30. UPEN Selangor
  31. UPEN Penang
  32. Kementerian Kesihatan Malaysia
  33. Universiti Teknologi Malaysia
  34. PLUS Malaysia Berhad
  35. ANIH Berhad
  36. Geomapping Technology Sdn. Bhd.

PERKONGSIAN ILMU

Sesi Perkongsian Ilmu oleh YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Hj. Abd Razak bin Sipit, Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan tajuk Sistem Aplikasi MyIDEA Bagi Penyaluran Maklumat Bencana.

Sesi Perkongsian Ilmu oleh Dr. Khamarrul Azahari Razak, Pengarah, DPPC, MJIT, Universiti Teknologi Malaysia dengan tajuk Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 : Penanda Aras dan Komitmen PICN merangkap Ketua Fasilitator Bengkel.

PEMBENTANGAN KUMPULAN KERJA

Kumpulan 1 - Pemetaan Bahaya & Risiko Cerun dibentangkan oleh P.Geol. Dr. Ferdaus bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia dan Ir. Eow Thein Ewe, Jurutera Awam Penguasa Kanan, daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR

Kumpulan 2 - Pendidikan & Kesedaran Awam dibentangkan oleh Ir. Madzri bin Malek, Jurutera Awam Penguasa Kanan daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR dan Dr. Azwan Ezzany Bin Azmi, Jurutera Awam Penguasa daripada Cawangan Kejuruteraan Senggara Fasiliti Jalan, JKR.

Kumpulan 3 - Dasar & Perundangan dibentangkan oleh Pn. Nursalbiah Binti Hamidun, Jurutera Awam Penguasa Kanan daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR

Kumpulan 4 - Kesiapsiagaan Menghadapi & Pemulihan Bencana dibentangkan oleh En. Wan Marhafidz Shah Bin Wan Mohd Omar, Pengarah Seksyen Mitigasi daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Kumpulan 5 -  Kajian & Penyelidikan dibentangkan oleh Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan daripada CREaTE JKR.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH diucapkan kepada semua wakil agensi yang terlibat dan telah memberikan pandangan serta maklumbalas sepanjang bengkel ini berlangsung.