Date: Jumaat, Oktober 27, 2023

18-19 Oktober 2023 - Bengkel Rekabentuk Struktur Pratuang Dan Struktur Asas Cerucuk Bersama dengan Pasukan Rekabentuk Persekutuan JKR Negeri telah berlangsung dengan jayanya pada 18 - 19 Oktober 2023 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ir. Noreha Binti Nordin, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS), Ibu pejabat JKR Malaysia.

Penganjuran julung-julung kali ini merupakan penganjuran bersama CKAS dan Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG). Program ini telah dihadiri oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada Pasukan Rekabentuk dari JKR Ibu Pejabat dan juga Pasukan Rekabentuk JKR Negeri.

Bengkel ini telah direalisasikan sebagai medium perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Pasukan Rekabentuk dari CKAS. Bengkel ini berfokus kepada Rekabentuk Bangunan Konkrit Pratuang selaras dengan konsep bangunan lestari dalam revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan juga polisi kerajaan yang telah mewajibkan projek-projek pembangunan melebihi RM10 juta perlu dilaksanakan secara IBS. Bengkel ini juga menampilkan perkongsian bertajuk Syor Asas dan Rekabentuk Asas Cetek dan Cerucuk yang akan disampaikan oleh Pasukan Rekabentuk dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik.

Adalah menjadi hasrat pihak pengurusan tertinggi JKR agar Pasukan Rekabentuk JKR Negeri mampu bergerak sendiri dan melaksanakan tugas dengan cekap seiring beban tugas yang semakin mencabar dalam melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya projek-projek dalam RMK 12 selaras dengan Arahan Pekeliling 182 (AP 182) oleh Kementerian Kewangan.

Peranan dan tanggungjawab serta komitmen semua perekabentuk amatlah diharapkan agar kepakaran dapat dibangunkan kearah mencapai kompetensi, profesionalisme, dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selaras hasrat JKR di dalam memberi perkhidmatan dan penyampaian yang terbaik kepada rakyat.

Semoga pelaksanaan perkongsian ilmu dalam bengkel selama 2 hari ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kompetensi khususnya dalam Rekabentuk Struktur Konkrit Pra Tuang dan Rekabentuk Asas Cetek dan Cerucuk.

bengkel pratuang

bengkel pratuang

bengkel pratuang

bengkel pratuang

bengkel pratuang