Mejar Ir. Mohammad Tajul Urus bin Tajuddin
Pengarah

Setiausaha Pejabat : Zashedah binti Mohd Yusof

Alamat Pejabat:
Pejabat Pengarah ,
Tingkat 12, Blok F,
Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur

No. Tel : 03 - 2610 7351
No. Fax : 03 - 2692 7010

Objektif

  1. Menyediakan Polisi Nasional berkaitan cerun.

  2. Katalog cerun menggunakan sistem SMART dan mengeluarkan peta hazad dan risiko sekurang-kurangnya 1000 cerun setahun.

  3. Mengeluarkan piawaian baru untuk Garispanduan Penyenggaraan Cerun.

  4. Menambahbaik dan mengeluarkan Garispanduan Rekabentuk Cerun.

  5. Mempromosi Kesedaran Awam tentang keselamatan cerun.

  6. Menjalankan penyenggaraan  ‘preventive’ tahunan ke atas cerun bermasalah.

  7. Memastikan pemeriksaan berkala cerun dilaksanakan dua kali setahun dan bila-bila masa bila ada hujan lebat yang berterusan.

  8. Melaksanakan sistem amaran awal tanah runtuh.

  9. Membangunkan sistem  pengurusan informasi.

  10. Memberikan khidmat nasihat teknikal apabila diminta.

  11. Menjalankan penyiasatan forensic ke atas cerun yang gagal.

  12. Membangunkan kompetensi kakitangan dalam kejuruteraan cerun.

  13. Menjalankan kajian dan pembangunan dalam kejuruteraan cerun khususnya dalam keadaan iklim tropika.

  14. Menjalankan kerja-kerja pembaikan cerun yang besar. 

Fungsi

Fungsi utama Cawangan Kejuruteraan Cerun adalah mengurus, mengawal dan menyelia semua cerun-cerun di Malaysia. Tanggungjawab cawangan adalah termasuk kerja-kerja rekabentuk, penyiasatan forensic, penyenggaraan, khidmat nasihat, kajian dan pembangunan, penyediaan piawaian dan garispanduan.