Ir. MOHAMAD AZMAN BIN Hj. AHMAD
Pengarah Kanan

Setiausaha Pejabat : Siti Noor Bahzurah bin Mohd Khalid

Alamat Pejabat

Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Tingkat 11-16, Blok G,
Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur

No. Tel.  : 03 - 2618 9810
No. Fax  : 03 - 2618 9843

 

Objektif

  • Memastikan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur untuk agensi kerajaan dalam bidang kejuruteraan elektrik supaya menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan

  • Memastikan pengurusan fasiliti aset kejuruteraan elektrik di premis kerajaan menepati amalan terbaik supaya sentiasa berfungsi dengan baik, selamat dan kos efektif.

  • Memastikan perkhidmatan perundingan pakar dalam bidang kejuruteraan elektrik kepada agensi kerajaan berasaskan profesionalisme dan berintegriti.

 

Fungsi

Pengurusan Projek (Pengurusan Tapak Bina Pemasangan Elektrik)

  • Merancang, mengurus, menyelaras, menyelia serta mengawal peringkat pelaksanaan pembinaan projek mengikut kualiti, jangka masa dan kos yang ditetapkan.

Perkhidmatan Perundingan Teknikal (Reka bentuk & Perolehan)

  • Merancang, mereka bentuk dan mengurus perolehan bagi projek-projek kerajaan.

  • Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi kerajaan yang lain.

Pengurusan Fasiliti Aset (Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Elektrik)

  • Melaksanakan kerja-kerja senggara bagi pemasangan elektrik mengikut Piagam Pelanggan dan program senggara yang ditetapkan dengan peruntukan yang disediakan oleh jabatan pelanggan.

  • Memberi khidmat perundingan teknikal berkaitan dengan pengurusan penyenggaraan elektrik kepada agensi kerajaan yang lain.