Pengarah Kanan : Ir. HAJI SUHAILI BIN MANSOR
Setiausaha Pejabat : FAZILAH BINTI AHMAD ADNAN
Alamat Pejabat :
Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia
Tingkat 24-28, Blok G
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
No.Tel. : 03 – 2618 9501
No. Fax. : 03 – 2618 9510
Objektif
- Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.
- Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, loji pembinaan jalan dan loji kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.
- Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.
Fungsi
-
Melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan perundingan kejuruteraan mekanikal.
-
Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal.
-
Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang forensik, kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, penambahbaikan spesifikasi, auditan dan penyelidikan.
-
Memberi perkhidmatan penyenggaraan sistem dan peralatan mekanikal dalam bangunan-bangunan kerajaan.
-
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada agensi dalaman dan luar.
-
Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset kenderaan dan loji serta pembangunan kuari.
-
Memberi perkhidmatan pengangkutan VVIP (POOL CAR) kepada agensi-agensi kerajaan untuk kegunaan tetamu Negara dan pada Mesyuarat Raja-Raja.
-
Pengurusan sumber manusia dan kemajuan kerjaya untuk staf disiplin mekanikal.
- 62147 bacaan