Date: Isnin, Februari 4, 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Urus Setia Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR  (CREaTE) akan menganjurkan CivilCORE 2019 sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh                  :  7 Mac 2019(Khamis)
Masa                    :   8:00 pagi – 5.00 petang
Tempat              :   Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka. (Koordinat : 2.453186 , 102.205752)


CivilCORE 2019 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan program untuk jurutera awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan objektif seperti berikut :

i. Menjadi asas kepada seluruh jurutera awam JKR dalam memperkukuhkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam;

ii. Melahirkan jurutera awam yang berdaya saing dengan melibatkan diri dengan kajian kejuruteraan awam;

iii. Menjadi platfom kepada seluruh warga jurutera awam JKR dalam membuat pembentangan kertas kerja atau dapatan kajian;

iv. Menjadi medan meningkatkan keyakinan diri dalam mendepani cabaran bidang kejuruteraan dengan mengenengahkan dapatan dalam kajian;

vi. Menggalakkan budaya perkongsian ilmu (knowledge sharing) dan kajian (research) dalam kerja dan tugasan seharian demi menjaga status profesion kejuruteraan dan organisasi.


Terdapat 10 kertas penyelidikan yang akan dibentangkan oleh Jurutera Awam JKR pelbagai latar belakang dan pameran yang melibatkan 20 poster penyelidikan.


Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan penyelaras seperti berikut :

MOHD HAFIS BIN AHMAD
SEKRETARIAT CIVILCORE 2019
Emel    :           hafis.jkr [at] govuc.gov.my
Tel       :           03 - 2610 7540

HELMI BIN YUSUF
JAWATANKUASA PENDAFTARAN CIVILCORE 2019
Emel    :          helmiy.jkr [at] govuc.gov.my
Tel       :           03-26819152

Ir. Hjh Junaidah Binti Jaafar
JAWATANKUASA PENDAFTARAN CIVILCORE 2019
Emel    :          junaidahj.jkr [at] govuc.gov.my
Tel       :           06-5512210



Permohonan sebagai peserta CIVILCORE 2019 boleh dibuat melalui Bahagian Penyelarasan Khidmat Sokongan (BPKS) cawangan masing-masing dengan menyelaras dan memajukan senarai nama peserta terus ke civilcore [at] jkr.gov.my selewat-lewatnya 22 Februari 2019 (Khamis).

Sila ikuti laman twitter di : @CivilCORE_

Sekian, terima kasih.

Disediakan :

 

JAWATANKUASA PROMOSI CivilCORE 2019

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)