Date: Isnin, Disember 18, 2017

Unit Building Information Modeling (BIM), telah menerbitkan beberapa buah dokumen rujukan BIM untuk digunapakai dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan BIM bagi projek-projek di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Unit BIM yang terdiri daripada pelbagai disiplin telah berjaya menerbitkan dokumen-dokumen ini melalui pengalaman yang diperolehi daripada projek perintis BIM JKR, rujukan dokumen BIM luar negara, program seminar/kursus, kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan sejak tahun 2012. Berikut adalah dokumen yang telah diterbitkan oleh Unit BIM:

1)    Garis Panduan BIM JKR
2)    Piawaian BIM JKR
3)    Manual Proses Kerja BIM JKR – Fasa Perancangan
4)    Manual Proses Kerja BIM JKR – Fasa Reka Bentuk Awalan
5)    Manual Proses Kerja BIM JKR – Fasa Reka Bentuk Terperinci
6)    JKR Building Information Modeling (BIM) Requirement For Design & Build Projects

Unit BIM sentiasa memberi komitmen penuh bagi menambahbaik dokumen sedia ada dan pada masa yang sama akan menerbitkan beberapa lagi dokumen tambahan bagi melancarkan lagi pelaksanaan BIM serta memperluaskan kepelbagaian penggunaan BIM melalui kajian dan penyelidikan yang berterusan. Selain itu, Unit BIM juga komited dalam memberi khidmat nasihat teknikal kepada warga JKR dalam melaksanakan projek BIM dari semasa ke semasa.

Diharapkan agar dokumen-dokumen ini dapat membantu warga JKR dalam menjayakan pelaksanaan BIM dalam projek-projek kerajaan seterusnya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sistem penyampaian projek kerajaan.

Untuk memuat turun (warga kerja JKR sahaja), daftar masuk melalui SSO terlebih dahulu dan klik pada butang “eComs” yang terletak di Pautan Pantas halaman utama portal JKR.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit BIM seperti dinyatakan di bawah :

Unit Building Information Modeling (BIM)
Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu