Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah berjaya merangkul tiga (3) anugerah pada Malaysia Technology Expo 2024 (MTE 2024) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Februari lepas.
Dua anugerah Silver Award diperolehi melalui produk inovasi “Multi Measurement Kit” yang dipimpin oleh Ir. Ts. Suhaizad bin Hj Sulaiman dibawah kategori Public Service Innovation Asia (PSIA) dan International Innovation Award (IIA).
Selain itu, kumpulan perekacipta yang dipimpin oleh Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa juga meraih kejayaan menerima anugerah Bronze Award menerusi produk inovasi “FlexRevive” yang dibawah kategori International Innovation Award (IIA).
Seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua perekacipta JKR Malaysia yang terlibat. Terima kasih juga kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dalam menguruskan penyertaan dan penglibatan JKR Malaysia ke pameran ini. Kejayaan ini diharap dapat menjadi aspirasi kepada semua warga JKR untuk membudaya dan menghasilkan lebih banyak inovasi serta menuju ke arah komersialisasi.
Produk Inovasi | Perekacipta/ Ahli Kumpulan |
Multi Measurement Kit | Ir. Ts. Suhaizad bin Hj. Sulaiman Ir. Ts. Leong Geok Teng Mohammad Firdous Hairy Masriani binti Siradjuddin Suhirman bin Munik Irfan Farez bin Jasrie Anejan binti Lumissah Trinil Indah Puspita bt Herry Sunjoto Ahmad Shayuti bin Abdul Rahim |
FlexRevive | Dato’ Ir. Ibrahim Bin Esa Ir. Mohamad Sharip Bin Wahijan Ir. Ts. Hidra Hasbee Bin Jamil Ir. Eliyani Yazreen Binti A. Rani Norliza Binti Othman Ir. Alina Binti Kamdan Ir. Amirul Hafees Bin Zahir Nur Atikah Binti Fauzi Ramlan Bin Abdul Razak Tc. Danial Adib Bin Kamaruddin Ir. Ts. Leong Geok Teng Ira Nadirah Binti Zulkapri Wan Ahmad Faizfaizal Bin Wan Fikri Muhamad Dahnial Bin Mohd Tahir Wan Faridah Binti Wan Mustaffa |
- 1596 bacaan