Date: Khamis, November 24, 2016
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Kepada yang berkenaan,
 
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
 
SURAT ARAHAN KPKR BIL. 21/2016
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Bersama-sama ini disertakan Surat Arahan KPKR Bil. 21/2016–  PERTUKARAN PENGGUNAAN GELARAN BAGI PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL SKIM KEJURUTERAAN JABATAN KERJA RAYA  untuk makluman dan tindakan. Sebarang pertanyaan berhubung dengan surat ini bolehlah diajukan kepada Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat.
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan, tiada lagi edaran dibuat secara hardcopy. Sehubungan dengan itu, diharap YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan dapat memastikan surat ini diedarkan kepada semua pegawai di Jabatan YBhg. Datuk/ Dato’/Tuan/Puan.
 
SAKPKR ini juga telah dimuatnaik dalam laman sesawang JKR di bawah tajuk Arahan & Pekeliling KPKR.
 
Segala kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan amat dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
PENYELARAS SURAT ARAHAN KPKR
b/p Ketua Bahagian Audit dan Integriti
Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
Tingkat 32, Menara Kerja Raya (Blok G)
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2618 8730
Fax: 03-2618 8708
E-mel: FatimahMhd [at] jkr.gov.my