10 Mac 2025 – Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah berjaya menganjurkan Executive Talk Siri 2/2025 bertajuk “Shaping The Future: BIM & A.I in Malaysian Building Industry” di Bilik Berlian, Menara Kerja Raya, Kuala Lumpur. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dengan kehadiran penuh 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JKR, profesional industri, serta wakil daripada badan berkaitan.
Program ini bertujuan memperkasa penggunaan Building Information Modelling (BIM) dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri pembinaan, sejajar dengan usaha JKR dalam memacu transformasi digital dan meningkatkan kecekapan pengurusan projek infrastruktur negara.
Para peserta berpeluang mendengar perkongsian daripada tiga penceramah berpengalaman dalam bidang BIM dan AI:
- Ar. IDr. Ts. Afi Muhaimin Jamalludin (PAM) – Shaping The Future: BIM & AI in Malaysian Architecture
- Ts. Law Eng Khoon (GAMUDA) – BIM Coordination Among Disciplines For Successful Project Implementation
- Ts. Aidzil Adzahar Ahmad (JKR) – Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Projek Kerajaan
Sepanjang sesi, peserta telah didedahkan kepada perkembangan teknologi terkini, amalan terbaik, serta cabaran dan peluang dalam penerapan BIM dan AI dalam sektor pembinaan. Sesi soal jawab yang interaktif juga membuktikan minat yang tinggi dalam kalangan peserta untuk mengadaptasi teknologi ini dalam projek masing-masing.
Dengan sambutan yang menggalakkan, JKR komited untuk terus menganjurkan sesi perkongsian seperti ini bagi memastikan peningkatan kemahiran dan pemahaman teknologi digital dalam industri pembinaan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1140 bacaan