FIKRAH KETUA PENGARAH KERJA RAYA
- Melaksanakan kerja dan tugasan yang diberikan dengan baik dan berintegriti.
- Warga kerja JKR juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan pejabat dan menjadikannya sebagai amalan oleh setiap kakitangan.
- Setiap pelaksanaan tugas dan kerja yang dipertanggungjawabkan wajib mematuhi SOP yang telah ditetapkan, mendokumentasikan segala proses kerja dan sebaik-baiknya setiap keputusan atau tindakan yang diputuskan seharusnya dibuat dalam bentuk jawatankuasa.
- Bekerja sebagai satu pasukan agar kegemilangan JKR dapat dikembalikan.
- Warga JKR memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ dengan menyiasat aduan oleh orang awam samaada ianya betul atau palsu.
- Melaksakan kerja dengan jujur dan amanah kerana ianya merupakan satu ibadah.
Alhamdulillah kita telah selesai menganjurkan Program Bual Bicara bersama KPPA Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman pada pagi 26 Mei 2017.
Sepanjang program berlangsung banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau buat renungan dan pengajaran kepada warga JKR, terutamanya JD yang bertindak sebagai duta kecil di setiap negeri. (Walaupun contoh diberi kpd JD di mana beliau mempunyai banyak pengalaman berinteraksi dgn kumpulan ini, namun semua peringkat warga JKR turut terlibat ibarat perumpamaan "Suku tak boleh dianjak, Malu tak boleh diagih).
KPPA memberi penekanan khusus kepada lonjakan kualiti kerja yang perlu JKR sampaikan kepada pelanggan secara langsung mahupun tidak langsung. Kesemua sindiran beliau harus diambil perhatian khusus terutamanya isu kelewatan projek disiapkan.
Pada majlis ini juga, secara jelas kita disedarkan dengan persepsi Jabatan/Agensi luar terhadap JKR. Sekiranya selama ini kita selalu bangga dengan pencapaian yang telah dicapai, pada program KPPA ini kita disedarkan bahawa segala pencapaian ini masih belum cukup utk melonjakkan nama JKR ke tahap yang cemerlang di dalam perkhidmatan awam. Seolah-olah selama beberapa tahun (atau mungkin lebih) kita seakan-akan syok sendiri melabelkan JKR sebagai jabatan teknikal terunggul, champion dlm pengurusan projek dan pakar rujuk khidmat teknikal di Malaysia. Maka tidak hairan terdapat segelintir pegawai-pegawai kader JKR turut memperlekehkan jabatan ini dek kerana kegagalan kita.
Isu yg diketengahkan oleh salah seorang peserta (bekas JD) program temubual menggambarkan keadaan sebenar apa yang berlaku di JKR. Apabila projek lewat, kita dipersalahkan, tatkala kemajuan projek awal daripada jadual, mereka tetap beranggapan kelak projek tersebut akan turut berhadapan dengan isu kelewatan.
Bagi memastikan JKR terus relevan di persada tanah air Malaysia tercinta, JKR memerlukan tranformasi secara holistik dan bukannnya slogan yang biasa dicanang setiap kali kita (JKR) berinteraksi di dalam majlis yang melibatkan JKR sahaja. Tranformasi ini haruslah diterjemahkan dari segi penyampaian kualiti kerja yang cemerlang berteraskan strategi yang tepat. Ianya berorientasikan pencapaian kerja yang cemerlang serta menggunakan sepenuhnya saluran hebahan bagi memasarkan kecemerlangan yang telah dicapai. Kejayaan cemerlang tidak akan memberi impak yg tinggi sekiranya ia tidak dihebahkan secara teratur pada saluran yg betul.
Kesedaran ini haruslah diterapkan kpd semua warga JKR bagi memastikan hasrat yang murni untuk mengembalikan kecemerlangan JKR dapat dicapai. Ianya berkait rapat dengan kecemerlangan pencapaian kerja dan bukannya bergelumang dengan isu remeh temeh yang secara jelas akan memecah belahkan jaringan kerjasama di antara warga JKR. Isu merendah-rendahkan keputusan jabatan di media sosial harus dihentikan segera. Setiap warga mestilah bersikap matang dan sedar yang mesej tersebut turut akan dibaca oleh setiap individu tanpa batasan lokasi dan masa. Mesej yg disampaikan utk mengkritik keputusan jabatan secara langsung membantutkan usaha murni kita untuk melonjakkan nama JKR ke tahap yg lebih tinggi. Rasa hormat terhadap warga JKR dalam merealisasikan usaha murni ini haruslah diberi keutamaan yg sewajarnya. Sekiranya kita tidak boleh membantu, janganlah pula kita berada di pihak yang menyusahkan jabatan.
Marilah sama-sama kita bekerjasama menggembeling tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. Jadikan kata-kata KPPA sebagai pembakar semangat utk JKR mara ke hadapan dengan lebih cemerlang. Setelah kecemerlangan dicapai, permohonan kita untuk mendapat insentif seperti kenaikan pangkat, elaun PE seperti pakar perubatan, serta penambahan jawatan strategik boleh turut diperakukan oleh pihak JPA. Saya yakin barisan JD/JJ, Pengarah Bahagian/Cawangan/Negeri mahupun Pengurusan JKR telah bersedia untuk membawa satu transformasi baru lagi jitu selepas Mesyuarat Pegawai Kanan JKR (SOC) 2017 di Kuantan. Ayuh, kita laksanakan di peringkat mahupun kemampuan masing-masing.
KETUA PENGARAH KERJA RAYA
- 59538 bacaan