Date: Selasa, Oktober 3, 2017

Liputan Hari Kedua (Selasa, 3 Okt 2017) – Majlis Penutup Hari Inovasi JKR Malaysia 2017


Majlis menyambut ketibaan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah binti Abdul Rashid Shirlin di hari kedua ini, diiringi oleh YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, di Dewan CREaTE JKR. Sesi hari ini dimulakan dengan slot ceramah Inovasi bertajuk “Monetizing Your Invention” oleh En. Muhammad Lofty Abd.Karim, Assistant Vice President-Commercialisation Specialist dari Platcom Ventures Sdn. Bhd. 


Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para pemenang. Berikut merupakan keputusan penuh bagi Anugerah Inovasi dan Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang diadakan pada 2 Oktober 2017;

a) Anugerah Inovasi Terbaik JKR Malaysia 2017
    Produk Inovasi “Intelligent Equipment Mechanical (I.E.Mech)” dari Caw. Kejuruteraan Mekanikal, JKR Selangor. 


b) Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan
1) Johan: Kumpulan Hikari dari JKR WP Putrajaya
2) Naib Johan: Kumpulan Nismilanders dari JKR Negeri Sembilan
3) Ketiga: Kumpulan InfoJKRMT dari JKR Melaka


c) Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Teknikal
1) Johan: Kumpulan Putraverve dari JKR WP Putrajaya
2) Naib Johan: Kumpulan Permata Maharani dari JKR Johor
3) Ketiga: Kumpulan Sinar dari JKR Pahang

 

Keputusan bagi Anugerah Pengurusan Terbaik adalah seperti yang dipaparkan pada foto berikut. Tahniah kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Hari Inovasi JKR Malaysia 2017.