Date: Sabtu, Februari 16, 2019

Hari kedua Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0 diteruskan dengan lawatan ke Projek Membina ‘Flyover’ Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubur, Kelantan pada pada jam 8.20 pagi. Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian bersama–sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Anuar Tahir serta pengurusan atasan KKR, JKR, LLM dan CIDB diberikan taklimat projek oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan Unit Projek Khas Zon Timur 1, Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Pihak BIM Asia turut memberikan taklimat berkenaan penggunaan BIM yang julung kalinya dilaksanakan untuk projek infrastruktur. YB Menteri Kerja Raya sendiri telah mencuba aplikasi ‘Virtual Reality’ BIM tersebut.









Jelajah disambung dengan lawatan ke tapak Projek Membina Mahkamah Kota Bharu, Kelantan (Reka & Bina). Taklimat projek telah disampaikan oleh Pengarah JKR Kelantan, Dato’ Ir. Hj Razani bin Ab. Lazid, dan seterusnya rombongan dibawa melawat ke tapak projek tersebut. Projek ini sedang mendahului jadual dan dijangka siap dalam tahun semasa.







Kembara tiba pada jam 12.20 tengahari di Pantai Penarik, Permaisuri, Terengganu melalui Laluan FT03-T3-T140-FT3684 dan Lebuhraya KB-KK Pakej 1B untuk berehat seketika serta jamuan makan tengahari menunaikan solat Jumaat. Kehadiran rombongan telah disambut dengan meriah oleh Pengarah JKR Negeri Terengganu serta warga JKR Negeri dan Daerah di Terengganu.

                 





Rombongan seterusnya bertolak ke Bandar Kemaman, Terengganu melalui LPT2 untuk hadir di Tapak Kajian ‘Latex Mastic Asphalt’ di perkarangan Pusat Penerangan Pelancong Geliga, Kemaman. Taklimat berkenaan hasil kajian ‘Waste Plastic Asphalt’, ‘Latex Asphalt’ dan ‘Latex Mastic Asphalt’ telah disampaikan oleh Ir. Mohd. Hizam bin Harun dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR Malaysia. Jelajah diakhiri dengan Majlis Perjumpaan YB Menteri Kerja Raya Bersama Warga JKR Pahang di destinasi terakhir hari ke dua jelajah, iaitu pekan Temerloh, Pahang.







                        






 

Seluruh warga Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya serta agensi yang terlibat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR Negeri Kelantan , JKR Negeri Terengganu, JKR Negeri Pahang, JKR – JKR Daerah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hari kedua Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0. Jelajah akan berakhir pada hari esok, 16 Februari 2019 di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur.

“JKR – Sentiasa Bersama Anda”