HARI KEDUA MESYUARAT JURUTERA AWAM 2015, HOTEL MS GARDEN KUANTAN PAHANG

Hari kedua Mesyuarat Jurutera Awam 2015 dimulakan dengan Pembentangan National Blue Ocean Strategy (NBOS) oleh Ybhg. Dr. Aminuddin bin Hassim, Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia pada jam 8.30 pagi. Beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini telah dimulakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi dengan melawat perlaksanaannya di satu syarikat swasta. Selepas menjadi Perdana Menteri, perlaksanaannya dirancakkan dengan menjadi antara agenda utama negara berpaksikan sasaran “High Impact, Low Cost and Rapid Execution”. Beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melaksanakan BOS di dalam perkhidmatan kerajaan.

 
Majlis diteruskan dengan taklimat kedua yang bertajuk Pusat Kecemerlangan Teknikal Nasional (PKTN) terletak di sebelah d’Famosa Resort Melaka oleh Pn. Nor Fadzilah Ashaari daripada Cawangan Latihan dan Inovasi. Beliau menerangkan perancangan PKTN tersebut dari segi projek, modul pembelajaran dan cabaran-cabaran yang dihadapi.
 
Taklimat ketiga dibentangkan oleh Ir. Hj Hashim bin Buyu, KPPK Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat bertajuk Pembangunan Bidang Kompetensi (Soft Skill). Beliau menerangkan kompetensi peribadi yang perlu ada pada seorang Jurutera Awam meliputi  kepimpinan, interpersonal, perwatakan dan lain-lain yang akan membantu melaksanakan apa-apa tugasan yang diperlukan. Seterusnya pembentangan Pelan Bisnes Awam 2016-2018 oleh Ir Zulakmal bin Sufian  yang menerangkan pelan dan strategi dalam Pembangunan Pelan Bisnes tersebut bertujuan memajukan kerjaya disiplin awam dengan kompetensi-kompetensi yang diperlukan untuk melonjakkan JKR menjadi agensi teknikal yang sentiasa relevan dimasa hadapan.
 
Majlis berhenti rehat jam 12.30 tengahhari dan bersambung semula jam 2.30 dengan Taklimat Strategi Pelaksanaan Projek RMke 11 oleh En. Roslan bin Abd Ghani, KPPK Cawangan Perancangan Aset Bersepadu. Beliau telah menerangkan mengenai  model  pelaksanaan projek pembangunan  fizikal serta beban kerja jabatan semasa RMKe 9 dan RMKe 10. Beliau juga membentangkan mengenai inisiatif startegik JKR  di dalam melaksanakan RMKe 11.
 
Berikut senarai pembentang yang telah membentangkan Pencapaian Pelan Bisnes Awam 2016 – 2018 : 
Environmental Engineering – Pn Zuraini binti Zainal,  PPK Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga
Water Demand Management & Water Supply Eng – Ir. Hj Noor Azhari bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Kementerian  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Structural Engineering  (Building)– Ir. Nor Azman bin Ismail, KPPK  Caw. Kejuruteraan Awam dan Struktur
Forensic Engineering (Building) -  Dr. Maziah binti  Mohammad, KPPK Caw. Kejuruteraan Awam dan Struktur
Maintenance Engineering (Road) – Ir. Zailan bin Abd Rahman, KPPK Caw. Senggara Fasiliti Jalan
Geotechnical Engineering – Ir. Abd Hadi bin Abd Aziz, KPPK Caw. Kejuruteraan Geoteknik
Slope Engineering – Ir. Dr. Che Hassandi bin Abdullah, Pengarah Caw. Kejuruteraan Cerun
District Engineer – Ir. Hj Hashim bin Buyu, KPPK Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat
 
Mesyuarat Jurutera Awam 2015 hari kedua berakhir pada jam 9.30 malam.