HARI INOVASI JKR 2015

Majlis Perasmian Hari Inovasi JKR Tahun 2015 telah diadakan pada 5-6 Oktober 2015 (Isnin-Selasa) bertempat di Dewan Mutiara, TH Hotel, Pulau Pinang. Penganjuran Hari Inovasi JKR 2015 menunjukkan komitmen utuh jabatan menyemarakkan aspek kreativiti warga kerja jabatan secara berterusan dalam penerapan budaya inovasi yang berkualiti.

Di dalam ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Hj. Mohamed Hussain berharap warga JKR sentiasa peka dan prihatin di atas keperluan inovasi dalam setiap projek yang dilaksanakan. Ini kerana kerja-kerja yang melibatkan kepakaran dan keperluan teknikal sangat berkait rapat dengan inovasi dan kreativiti. Warga JKR juga perlu berfikir di luar kotak dan bertindak dari sudut pandangan yang berbeza sebagai asas kepada penyelesaian masalah dalam tugasan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Inovasi Terbaik JKR 2015 yang dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Negeri Perak manakala Anugerah Inovasi Harapan dimenangi oleh Kumpulan Dinamik JKR jajahan Pasir Mas, Kelantan. Bagi Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2015 Kategori JKR Cawangan/ Wilayah Persekutuan dimenangi oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan bagi kategori JKR Negeri dimenangi oleh JKR Negeri Sembilan. Piala pusingan bagi Anugerah Inovasi TKPKR (Sektor Bangunan) Pengurusan Aset Alih Kerajaan dimenangi oleh JKR Negeri Sembilan dan Anugerah Inovasi KPKR Inovasi Terbaik dimenangi oleh Kumpulan Inovasi Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Perak.

Seterusnya, KPKR bersama tetamu kehormat yang lain melawat ke tapak Pameran Inovasi JKR, menyaksikan persembahan kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) serta beramah mesra bersama peserta-peserta Inovasi yang lain. Tahniah kepada semua pemenang.