Date: Khamis, Februari 14, 2019

Hari pertama Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0 dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh Menteri Kerja Raya, YB Baru Bian bersama–sama Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Anuar Tahir, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Ketua Pegawai Eksekutif CIDB, Ketua Pengarah LLM, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya, jabatan dan agensi berkaitan. Jelajah dimulakan dengan menyusuri Lebuhraya Karak (E8) sehingga susur keluar Bentong, Jalan Persekutuan FT08 dan tiba dalam jam 11.00 pagi di Kampung Kemahang, Benta, Pahang. Rombongan disambut oleh mantan Ketua Setiausaha KKR, Dato’ Zohari Akob dan kepimpinan setempat Kampung Kemahang. Majlis diserikan dengan ucapan Menteri Kerja Raya, seterusnya dihidangkan dengan juadah terkenal tempatan.

Kembara diteruskan ke Eco Viaduct Sg. Yu di laluan persekutuan FT08 untuk mendengar taklimat dari wakil Cawangan Jalan JKR, dan diteruskan dengan sesi ‘flag off’ di bawah struktur eco viaduct tersebut. Rombongan seterusnya melawat tapak Projek CSR Pakej 3C1 Mentara ke Merapoh di mana taklimat projek telah diberikan oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan, Unit Projek Khas ECER JKR.

Seterusnya, rombongan singgah di Kesedar Inn, Gua Musang untuk menikmati juadah makan tengahari serta solat Zohor sebelum meneruskan perjalanan ke Holiday Villa Hotel & Suite, Kota Bharu, Kelantan. Seterusnya, satu majlis makan malam bersama JKR Negeri Kelantan telah diadakan yang turut dimeriahkan dengan kehadiran EXCO Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan. Majlis diakhiri dengan penyerahan ‘frame’ Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 2.0 kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini.

Seluruh warga Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya serta agensi yang terlibat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JKR Negeri Pahang , JKR Negeri Kelantan, JKR – JKR Daerah serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hari pertama Jelajah FTRoadpedia Zon Zon Timur 2.0 sepanjang 440km ini. Jelajah akan bersambung pada hari esok, 15 Februari 2019 melalui negeri Terengganu dan Pahang, ke lokasi terakhir hari kedua di pekan Temerloh.

“JKR – Sentiasa Bersama Anda”