Date: Jumaat, Disember 1, 2023

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilalhi.
Sempena dengan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) pada tahun ini, Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah di beberapa buah negeri telah bersetuju dan meluluskan agar Bacaan Khutbah Bertajuk "Pembangunan Lestari, Nikmatnya Disyukuri" dibaca di Masjid dan Surau Jumaat pada 1hb Disember 2023 (Jumaat) 

Khutbah tersebut telah melalui penapisan Jawatankuasa Panel Semakan Teks  Khutbah daripada Mufti Negeri, Ahli Jawatankuasa Fatwa, dan lain-lain bagi peringkat kelulusan. Khutbah Jumaat Tahun 2023 ini adalah hasil nukilan Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. 

Khutbah Jumaat ini telah mendapat kelulusan bacaan pada 1 Disember adalah daripada:-
i. Jabatan Agama Islam Perak
ii. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
iii. Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah Darul Aman
iv. Jabatan Agama Islam Melaka
v.  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Khutbah Kedua)

Bagi negeri-negeri lain, pihak JKR Malaysia sedang menunggu kelulusan dan pertimbangan daripada Jabatan Agama Negeri masing-masing.

Intipati khutbah ini secara umumnya menzahirkan apresiasi dan penghargaan kepada seluruh warga profesion teknikal negara. Pengisian Khutbah, berkisarkan kekuasaan Allah SWT, tanggungjawab warga profesion teknikal negara dan pengajaran (ibrah) peristiwa yang terdahulu yang bertemalikan kepada Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W. 

“Moga seluruh warga teknikal terus istiqamah menumpukan seluruh komitmen dalam menumpahkan jasa kepada rakyat dan negara”

Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Jabatan Agama Islam Persekutuan dan Negeri atas jalinan kerjasama menjayakan HPTN 2023. 

Wallahu a'lam bishawab

khutbah Jumaat HPTN

khutbah Jumaat HPTN

khutbah Jumaat HPTN

khutbah Jumaat HPTN