Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya sedang menjalankan urusan pemangkuan bagi Kumpulan Pelaksana Gred 11 – 40.
Jawatan kekosongan dan salinan iklan pengisian jawatan pemangkuan adalah seperti berikut:-
Kumpulan Pelaksana (Gred 11 – 40)
a) Penolong Jurutera Awam Gred JA40
b) Penolong Jurutera Elektrik Gred JA40
c) Penolong Jurutera Awam Gred JA38
d) Penolong Jurutera Elektrik Gred JA38
e) Pelukis Pelan Awam Gred JA26
f) Pembantu Operasi Gred N14
Permohonan akan dibuka mulai 15 April 2024 dan akan ditutup pada 29 April 2024
Bersama-sama ini disertakan salinan iklan pengisian jawatan-jawatan pemangkuan seperti yang tersebut dibawah. Tuan/Puan yang berminat dipohon untuk memuat turun borang permohonan seperti pautan berikut:-
1.Iklan pemangkuan jawatan Kump. Pelaksana (01 April 2024)
2.Iklan pemangkuan 18 - 26 & 28 - 42 (Mac 2024)
3.Borang Permohonan Pemangkuan, KKR (PM)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat :
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 14, BLOK B, KOMPLEKS KERJA RAYA JALAN SULTAN SALAHUDDIN
50580 KUALA LUMPUR
(u.p.: Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya)
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai Kementerian Kerja Raya sebagaimana dimaklumkan di dalam Iklan Pemangkuan tersebut di atas.
- 24348 bacaan