Date: Khamis, Ogos 30, 2018

Sukacita dimaklumkan Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan (BPKS), Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dengan kerjasama Pusat darah Negara (PDN) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan di kalangan kakitangan JKR Malaysia pada 4 September 2018, bertempat di Aras Plaza, Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR.

Semua kakitangan JKR yang ingin menyertai kempen tersebut adalah dialu-alukan dan dijemput hadir. Bagi kakitangan wanita yang ingin menyertaipemeriksaan payudara dan pap-smear (telah berkahwin) adalah diminta untuk memberikan maklumat seperti nama dan status perkahwinan kepada Puan Winnie Anak Jarum (winnie [at] jkr.gov.my (link is external)) selewat-lewatnya pada 3 September 2018 (Isnin).