Date: Rabu, Jun 15, 2022
 
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera
 
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
 
2.         Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dan Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan program International Seminar on Bridge Engineering (BRIS 2022) seperti ketetapan berikut:
 
 
Program
:
International Seminar on Bridge Engineering
Tarikh (Hari)
:
 
27 – 28 Julai 2022 (Rabu – Khamis)
 
Masa
 
 
:
 
 
8.00 pagi – 5.00 petang
 
Tempat  
:
 
Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
            
Kumpulan Sasaran              
:
 
Kakitangan Kerajaan, Ahli Akademik, Kontraktor, Perunding, dan Pelajar
Yuran Penyertaan
:
  1. Kakitangan Kerajaan/ Ahli Akademik : RM 300.00
  2. Industri : RM 560.00
  3. Pelajar : RM 150.00
Tarikh Tutup Penyertaan
:
15 Julai 2022
 
3.         Program yang bertemakan ʻʻEmerging Trends In Sustainable Design, Construction and Monitoring ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pakar di dalam Kejuruteraan Jambatan, dari dalam dan luar negara, khususnya untuk menyokong pembangunan kompetensi Kejuruteraan Jambatan dengan memanfaatkan perkembangan pesat revolusi industri 4.0 (IR 4.0).
 
4.         Sehubungan dengan itu, CREaTE dan UTM dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menghadiri program seperti yang dinyatakan di atas. Peserta yang disasarkan adalah daripada kalangan kakitangan kerajaan, ahli akademik, kontraktor, perunding, dan pelajar.
 
5.         Permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat secara atas talian pada pautan pendaftaran https://forms.gle/3bPhR2bTNzoguMz7A (link is external) selewat-lewatnya pada 15 Julai 2021.
 
6.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, bayaran yuran penyertaan boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:
 
  1. Secara tunai kepada urus setia semasa hari pendaftaran; atau
  2. Bayaran secara wang pos; atau
  3. Bank draf.
  4. Secara Pesanan Tempatan (Local Order)
 
Bayaran secara wang pos dan bank draf hendaklah dibuat atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-MELAKA-T, nama bank : Hong Leong Islamic Bank, dan diserahkan kepada pihak urus setia seminar pada hari program berlangsung.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
  
 
URUS SETIA
INTERNATIONAL SEMINAR ON BRIDGE ENGINEERING
BAHAGIAN INOVASI, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN
PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI JKR (CREaTE)
ALOR GAJAH, MELAKA.
Tel: Ir. NOR AZIAN BINTI AZIZ (06-551 2318)/ MOHD FIRDAUS BIN MOHD POAZI (06-551 2309)