Date: Isnin, Julai 2, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Cement & Concrete Association (C&CA) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR  (CREaTE) dan CIDB Malaysia akan menganjurkan Seminar on Cement and Concrete Applications - Road sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh         :   1-2 Ogos 2018
Masa          :   8:30 pagi – 5.00 petang
Tempat       :   Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) 
                       Jalan Kemus, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka.
                       (Koordinat : 2.453186 , 102.205752)

Seminar ini diadakan untuk memberikan pendedahan terbaik kepada semua pihak mengenai kelebihan turapan konkrit kepada negara terutamanya dalam aspek penjimatan kos ke atas operasi penyelenggaraan sehingga 20-50 tahun. Seminar selama dua (2) hari ini akan menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka mengenai penggunaan simen dan konkrit dalam pembinaan jalanraya. Selain itu, seminar ini juga akan memberikan fokus terhadap keupayaan, kelestarian dan kos penyelengaraan turapan konkrit yang minima, selain menggalakkan lebih banyak pembinaan jalan konkrit di Malaysia.

Seminar ini terbuka kepada semua yang berminat dari pelbagai sektor samada perunding, kontraktor serta kakitangan awam dan swasta. Bayaran pendaftaran akan dikenakan kepada semua peserta. Sila klik di sini untuk muat turun flyer seminar.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai seminar boleh berhubung dengan Cement & Concrete Association ( C&CA) di talian seperti berikut:

  1. Ms. Annie          Tel : 03-74921368
  2. Mr. Nelson         Tel : 03-7806499

Email: annie [at] cnca.com.my ( (link sends e-mail))  / admin [at] cnca.com.my ( (link sends e-mail))

Sekian, terima kasih.