Date: Khamis, Januari 28, 2016

*KLIK LINK DI BAWAH UNTUK MUAT TURUN BROSUR SEMINAR & BORANG PENDAFTARAN

 

Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Road Engineering Association Of Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains serta Jabatan Meteorologi akan menganjurkan seminar 'Geotechnical Earthquake Engineering in Malaysia'.

 

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya menjemput Y. Bhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan serta para pegawai yang berminat untuk menghadiri seminar yang akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh : 1 - 2 Mac 2016

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat : The Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

 

4. Bersama-sama ini disertakan brosur seminar dan borang pendaftaran untuk tindakan Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada sekretariat pendaftaran selewat-lewatnya pada 15 Februari 2016 (Isnin).

 

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pn Hani Nadzrah binti Razali, Cik Siti Aishah binti Wahid dan Pn Zuraitul Nazuah binti Muhamad di talian 03-26184631/4594/4635 atau email HaniNR.jkr [at] 1govuc.gov.my/ SitiAisyahAW.jkr@1govuc.gov.my/ZNazua.jkr [at] 1govuc.gov.my.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya Yang Menurut Perintah,

 

Nurhazwani Akmal Bt Md Zain, Penolong Pengarah, Bahagian Rekabentuk Geoteknik 1 (Kejuruteraan Tanah)

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 23A,

Menara PJD, No. 50, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Tel : 03-2618 4650