Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Simposium Cerun Negara 2025 pada 7-8 Mei 2025 bertempat di The Everly Putrajaya.
Program yang julung kali dianjurkan ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya membawakan tema Way Forward – National Slope Master Plan. Objektif program ini adalah untuk mencapai matlamat pengurusan cerun negara yang mampan, mengoptimumkan platform seminar dan pameran untuk perkongsian pengetahuan, pengalaman, dan amalan terbaik juga memperkasakan kerjasama dan penyelarasan antara agensi.
Justeru, semua agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi swasta, perunding, pembekal, kontraktor daripada kalangan pengamal industri yang terlibat dalam pengurusan cerun di dalam dan luar negara termasuk juga pihak yang ingin mendapatkan maklumat terkini kejuruteraan cerun dan pengurusan bencana tanah runtuh seperti para penyelidik, pensyarah serta penuntut institut pengajian tinggi adalah dipelawa untuk hadir.
Sepanjang tempoh dua hari ini, pihak penganjur akan mengundang lebih 15 orang pembentang yang terdiri daripada pakar-pakar agensi sektor kerajaan, swasta, pengamal industri dan institusi pengajian tinggi. Program ini turut mensasarkan 30 syarikat pempamer untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan pengetahuan kepada semua para pengunjung yang hadir.
Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa penganjur ingin mempelawa pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk bersama menyertai program ini sama ada sebagai peserta ataupun pempamer dengan membuat pendaftaran melalui pautan https://tinyurl.com/ms4x9vwc (link is external) .
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan wakil kami di talian
- Peserta seminar : 03-2610 7361/7363/7324 ;
- Pempamer : 03-2610 7306/7747 /017-6862309/ 011-63493588;
- Email : simposiumcerun [at] gmail.com.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 1259 bacaan