Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 4th JKR Research Colloquium (JKRRC 2022) seperti ketetapan berikut:
Program | : | 4th JKR Research Colloquium (JKRRC 2022) |
Tarikh (Hari) | : | 9 hingga 10 Ogos 2022 (Selasa hingga Rabu) |
Masa | : | 8.00 pagi – 5.00 petang |
Tempat | : | Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) |
Penginapan | : | Tidak Disediakan |
Makan/Minum | : | Disediakan (Makan malam tidak disediakan) |
CPD/CCD Point | : | 11 CPD point BEM 3 CPD point LAM 2 CPD point BQSM
|
Program yang bertemakan “Shaping The Future with Research, Development, and Innovation” ini diadakan bertujuan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Selain itu, JKR Research Colloquium (JKRRC) bertujuan untuk mewujudkan satu platform perkongsian dapatan kajian oleh pasukan penyelidik dan rakan kolaboratif JKR serta menyediakan pentas khusus untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.
Program ini terbuka kepada kakitangan JKR yang telah dinamakan oleh Cawangan/Negeri/Bahagian masing-masing dan rakan kolaborasi JKR. Tuan boleh membuat pendaftaran di laman web MyLatihan melalui pautan https://latihan.createjkr.gov.my/ (link is external) dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Ogos 2022(Selasa).
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung pendaftaran program, boleh menghubungi pegawai berikut :
Nama Penyelaras dan | Sabariah A/p Said ( sabariahs [at] jkr.gov.my ) |
Nama Penyelaras dan | Nurul Izzaty Binti Sabudin ( nurulizzaty [at] jkr.gov.my ) |
- 615 bacaan