Date: Khamis, Jun 15, 2023

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 5th JKR Research Colloquium (JKRRC 2023) seperti ketetapan berikut:

 

Program

:

5th JKR Research Colloquium (JKRRC 2023)

Tarikh (Hari)

:

8 hingga 9 Ogos 2023 (Selasa hingga Rabu)

Masa

:

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat  

:

Dewan Utama

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)   

Penginapan

:

Tidak Disediakan

Makan/Minum

:

Disediakan (Makan malam tidak disediakan)

CPD/CCD Point

:  

8 CPD point BEM

3 CPD point LAM

2 CPD point BQSM

 

Program yang bertemakan "Penyelidikan Berinovasi, Aspirasi Kecemerlangan Teknologi" ini diadakan bertujuan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Selain itu, JKR Research Colloquium  (JKRRC) bertujuan untuk mewujudkan satu platform perkongsian dapatan kajian oleh pasukan penyelidik dan rakan kolaboratif JKR serta menyediakan pentas khusus untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.

Program ini terbuka kepada kakitangan JKR yang telah dinamakan oleh Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan dan Negeri masing-masing. Surat Jemputan dan tatacara pengesahan kehadiran peserta akan diedarkan pada bulan Julai 2023.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 5th. JKRRC, tuan boleh menghubungi pegawai penyelaras seperti di bawah:

Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat

Nurul Ain binti Abd Wahab (nurul_ain [at] jkr.gov.my)
06-551 2322

Nama Penyelaras dan
No Tel Pejabat

Pn. Ernisha binti Abdul Karim (ernisha [at] jkr.gov.my)

06-551 2324

Kerjasama tuan dalam menyokong program ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.