Date: Khamis, Julai 11, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 6th JKR Research Colloquium 2024 (6th JKRRC 2024) seperti ketetapan berikut:

Program              :           6th JKR Research Colloquium (JKRRC 2024)
Tarikh (Hari)        :          13 - 14 Ogos 2024 (Selasa dan Rabu)
Masa                   :          8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat                :          Dewan Utama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Penginapan         :          Tidak Disediakan
Makan/Minum :              Disediakan (kecuali makan malam)
CPD/CCD Point  :            7 CPD point BEM
                                       10 CPD point LAM
                                       2 CPD point BQSM 

Program yang bertemakan “Sustainable Infrastructure through Innovative Research” ini diadakan bertujuan untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Selain itu, JKR Research Colloquium  (JKRRC) diwujudkan sebagai satu platform perkongsian dapatan kajian oleh pasukan penyelidik dan rakan kolaboratif JKR, di samping menyediakan pentas khusus untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan.

Program ini terbuka kepada kakitangan JKR yang telah dinamakan oleh Pengarah Kanan/Pengarah Cawangan dan Negeri masing-masing. Surat Jemputan dan tatacara pengesahan kehadiran peserta akan diedarkan pada bulan Julai 2024.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 6th JKRRC, tuan boleh menghubungi pegawai penyelaras seperti di bawah:

Nama Penyelaras :      Noor Hafiza binti Nordin (hafizanordin [at] jkr.gov.my) /
                                     Ernisha binti Abdul Karim (ernisha [at] jkr.gov.my)
No Tel Pejabat      :       06-551 2372 / 06-551 2324