Date: Isnin, Disember 16, 2024

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan program 7th JKR Research Colloquium (JKRRC) pada 6 dan 7 Ogos 2025 sebagai satu usaha untuk mempromosi budaya penyelidikan di kalangan warga JKR. Program ini merupakan acara tahunan CREaTE yang mensasarkan penyertaan daripada penyelidik JKR dan rakan kolaboratif penyelidikan dari kalangan Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, dan pemain industri.

Di antara objektif JKRRC ialah perkongsian dapatan kajian oleh penyelidik JKR dan rakan kolaboratif JKR, serta penyediaan platform untuk pertukaran idea dan maklumat sesama penyelidik berkaitan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan. Tema bagi 7th JKRRC 2025 ini adalah "Wisdom of Knowledge Through Research, Innovation and Technology".

Justeru itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan/atau pegawai di bawah seliaan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dijemput untuk menghantar penyertaan bagi oral presentation dan/atau poster dapatan hasil penyelidikan untuk dibentangkan semasa program tersebut berlangsung.

Untuk tujuan penyertaan, penyelidik diminta untuk mengisi borang penyertaan sebagai pembentang kertas penyelidikan/poster secara atas talian (google form) di  https://forms.gle/e6GPLqzd5j4yqfa99 (link is external) atau kod QR , seperti di lampiran, dan mengambil maklum akan tarikh-tarikh penting seperti berikut:

 

Tarikh akhir mengemukakan borang penyertaan       : 6 Februari 2025 (Khamis)

Tarikh akhir mengemukakan abstrak                         : 27 Februari 2025 (Khamis)

Tarikh akhir mengemukakan manuskrip dan poster  : 5 Mei 2025 (Isnin)

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan dengan program 7th JKRRC 2025, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi urus setia program seperti di bawah:

Nama

Emel

No. Telefon

Norfazilah binti Abd Manan

fazilah.manan [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2220

Dr. Noor Hafiza binti Nordin

hafizanordin [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2372

Nor Idayu binti Arifin

nidayu [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2322

Ernisha binti Abdul Karim

ernisha [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))

06-551 2324

 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat